;

Thursday, August 27, 2009

Taklimat Data SPI Tahun 6 ONLINE 2009


Taklimat Data Online bagi Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 telah diadakan pada 21.8.2009, jam 3.00 petang di PPD Kerian. Ustaz Mohd Shah Hj Ramli Penyelia Kanan Sekolah Rendah SPIM Perak telah menyampaikan taklimat tersebut kepada kami seluruh warga GPI Daerah Kerian. Sesungguhnya aplikasi seumpama ini memperlihatkan bahawa era IT yang sedang berkembang pesat disahut hebat oleh pelbagai pihak termasuklah SPPIM seluruh negara.

Moga dengan taklimat dan penggunaan aplikasi ini akan dapat meringankan pengurusan GPI Perak yang mana ianya sangat berguna kepada pengurusan sekolah masa kini.

Untuk Makluman :

Proses data PERCUBAAN :


http://www.sppimperak.net/spi_online/login.php
BOLEH TRY MULAI SEKARANG

Proses Data Sebenar :


http://www.jpnperak.edu.my/spi_online/login.php
MULAI : 5 - 10 OKTOBER 2009

Username : * Kod Sekolah
Password : ** dibekalkan surat edaran

Maklumat Lanjut SILA HUBUNGI :-
Ust. Mohd Shah (gambaq diatas) 013-5211250
,

Thursday, August 20, 2009

WARGA PENDIDIK SRIES

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

BACAAN YASIN,REDHA ILMU DAN SOLAT HAJAT/UPSR




Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan majlis bacaan yasin, redha ilmu dan solat hajat khusus untuk tahun enam SRIES 2009. Program ini adalah kemuncak daripada bacaan yasin yang telah diadakan setiap pagi jumaat sepanjang bulan julai dan ogos.Selain itu warga SRIES memohon kepada Allah ,dengan berkat membaca yasin, diampunkan dosa dan dihindarkan dari penyakit berjangkit terutamanya H1N1 yang semakin menular sejak akhir- akhir ini.
;

Monday, August 17, 2009

Program Kecemerlangan Pendidikan Islam




Program Kecemerlangan Pendidikan Islam telah bermula pada 12/8/2009. Program ini khusus untuk pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan sijil Pendidikan Islam dan UPKK bagi tahun 5. Dalam program ini, Panitia Pendidikan Islam telah menerbitkan Buku BERKAT untuk tahun 6. Bagi pelajar tahun 5 yang menduduki UPKK pula dibekalkan dengan buku teks UPKK cetakan dan format terbaru tahun 2009. terima kasih kepada Guru Besar yang telah merasmikan dan melancarkan penyerahan buku BERKAT dan buku teks UPKK.

Lawatan ke Muzium Taiping pelajar Tahun 6




Pada 8 ogos 2009 murid-murid tahun 6 melawat muzium taiping dan beriadah di padang permainan taman tasik taiping. Tujuannya melapangkan fikiran dan mencari semangat baru bagi menghadapi UPSR .

ramadhan kareem







Kem bistari solat untuk pelajar tahap 1

KEM BESTARI SOLAT

Sunday, August 16, 2009

AHLAN WASAHLAN KE SRI EHYA ASSHARIFF



Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Islam Al Ehya Asshariff (SRIES )
sentiasa berusaha mendidik anak muridnya agar menjadi insan yang soleh dan solehah