;

Monday, September 7, 2009

UPSR 2009


Untuk semua calon UPSR SRIES.. kami ( guru-guru Pendidikan Islam) mengucapkan 'najah fil imtihan' kepada anda semua.. buatlah yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.. Insya Allah mendapat keputusan yang CEMERLANG! Amin.

Tuesday, September 1, 2009

Thursday, August 27, 2009

Taklimat Data SPI Tahun 6 ONLINE 2009


Taklimat Data Online bagi Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 telah diadakan pada 21.8.2009, jam 3.00 petang di PPD Kerian. Ustaz Mohd Shah Hj Ramli Penyelia Kanan Sekolah Rendah SPIM Perak telah menyampaikan taklimat tersebut kepada kami seluruh warga GPI Daerah Kerian. Sesungguhnya aplikasi seumpama ini memperlihatkan bahawa era IT yang sedang berkembang pesat disahut hebat oleh pelbagai pihak termasuklah SPPIM seluruh negara.

Moga dengan taklimat dan penggunaan aplikasi ini akan dapat meringankan pengurusan GPI Perak yang mana ianya sangat berguna kepada pengurusan sekolah masa kini.

Untuk Makluman :

Proses data PERCUBAAN :


http://www.sppimperak.net/spi_online/login.php
BOLEH TRY MULAI SEKARANG

Proses Data Sebenar :


http://www.jpnperak.edu.my/spi_online/login.php
MULAI : 5 - 10 OKTOBER 2009

Username : * Kod Sekolah
Password : ** dibekalkan surat edaran

Maklumat Lanjut SILA HUBUNGI :-
Ust. Mohd Shah (gambaq diatas) 013-5211250
,

Thursday, August 20, 2009

WARGA PENDIDIK SRIES

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

BACAAN YASIN,REDHA ILMU DAN SOLAT HAJAT/UPSR




Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan majlis bacaan yasin, redha ilmu dan solat hajat khusus untuk tahun enam SRIES 2009. Program ini adalah kemuncak daripada bacaan yasin yang telah diadakan setiap pagi jumaat sepanjang bulan julai dan ogos.Selain itu warga SRIES memohon kepada Allah ,dengan berkat membaca yasin, diampunkan dosa dan dihindarkan dari penyakit berjangkit terutamanya H1N1 yang semakin menular sejak akhir- akhir ini.